Saturday, June 30, 2018

Lelong Biskut Raya RM10


Lelong biskut harga tak percaya..  Rm10 jek

Masa terhad lelong lelong selagi stok masih ada,  hari raya masih berbaki lagi!  Jika nak beli biskut raya murah sekarang ini. Hanya RM10 je...  Jangan tunggu raya haji..  Nanti habis biskut murah sebab nak lelong ni. * tak semua jenia biskut ada,  banyak stok kehabisan...  Hanya yang tertera digambar sahaja.

Saturday, November 7, 2015

Pelangi 2 layer

Balik dari gym di pekan Sungai Besar, waktu pun sudah semangkin senja dan beransur nak mahgrib kelihatan pelangi 2 layer atau 2 lapisan.. Seumur hidup ini kali pertama lihat pelangi 2 lapisan.

Permandangan indah panorama langit

Monday, October 19, 2015

Buat dapur kerepek

Repair dapur memasak kerepek, salutan luar sudah teruk jadi sekarang proses membalut dengan zink baru dan juga stanless steel yang akan tahan lebih lama. Proses menebuk dan juga meribet akan dimulakan.. Tunggu hasil siap pula yea..

Saturday, October 17, 2015

Undian kerepek kesukaan anda ?

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ada pasang pool dan undian kerepek kesukaan kamu, ini untuk melihat top kerepek apa yang menjadi kesukaan blogger dan rakyat Malaysia amnya, ini bukan undian merepek tetapi undian kerepek.

Kerepek kesukaan anda ialah ?

Thursday, October 15, 2015

Gila ! Sudah Setahun Berlaku

Gila ! Sudah Setahun Berlaku - Ayat dan tajuk je gempak sangat dah ni, buat orang tertanya2, psikologi pada orang ramai supaya klik dan ada rasa ingin nak tau, Itu je.. sampah! Orang ada cakap yang tajuk heading tu sangat penting, secara jujurnya sifat manusia itu ada sifat rasa ingin tahu, jadi tajuk heading yang gempak dan membuat orang tertanya2 dan ingin tahu apa itu rahsia disebalik tajuk heading, manusia kan kadang2 suka korek rahsia atau ambil tau.. contoh gosip @ benda panas2.. gerenti perkara pertama yang akan diklik, CONFORM. Berbanding tajuk heading yang biasa2 @ suam kuku je.

IKLAN 50X50 hahaha...

iklan tajaan khas

Kan sudah terkena ! Kajian dan hanya untuk ujikaji sahaja - Nasihat untuk tajuk heading yang gempak tapi tak selari dengan isi amat dilarang, nanti takut menyebalkan orang dan membuatkan orang GERAM.

Tips berguna ini sangat bagus jika blog korang banyak di bloglist blog lain, ataupun share di laman sosial, jadi tajuk ini penarik sebenarnya.

# Hanya untuk ujian tajuk heading - Berapa pageview? .. 

Terima kasih sudi baca : Jadi tajuk entri atau heading mesti gempak..ok baru orang teringin sangat nak klik...

entri 07 woww ..

Wednesday, October 14, 2015

Gambar pada enjin carian google

Rich snippet atau imej di carian seperti dalam contoh gambar seperti dibawah, ingin saya buat sebenarnya.. Ada siapa2 yang pakar atau tidak melakukanya, boleh tunjuk ajar, teringin sangat kalau jadi buat di blog.

Contoh snippet carian google
G

Untuk makluman setakat ini masih belum berjaya menguasai sepenuhnya teknik ini, kebanyakan dikuasai web dari luar negara bagi kategori resepi.

Tag : Rancangan

Thank sudi baca : Entri kelima - 05

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H - Assalamualaikum semua, Terpanggil nak join segmen anjuran sifu SEO Malaysia kita iaitu Hasrul Hassan yang ingin menyenaraikan bloglist baru sempena 1437H, memandangkan blog ini pun usia masih baru 2 ke 3 hari, dan juga ingin mencari rakan dalam dunia blog dan online untuk membina ukhwah, jadi saya dengan besar hati join sama, terima kasih kerana beri peluang.

Syarat nak join mudah je :

1-Follow google + Hasrulhassan
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
2-+1 google
3- Masukkan gambar diatas, nak join pergi link bawah.
4- Sertakan link segmen - http://www.hasrulhassan.com/2015/10/segmen-bloglist-blogger-baru-1437h.html
5- Masukkan blog Hasrulhassan dalam bloglist

Itu  sahaja, semudah 1,2,3

Tag : Segmen

Post yang kelima - 05

Carian biskut raya 2015

WW 1

kata carian : biskut raya 2015

#  kedudukan boleh berubah, harap maklum.

Tuesday, October 13, 2015

Sejarah promosi saya sebagai admin

Dua hari lagi genap sudah setahun berlalu bagi inamurni.com yang ditubuhkan pada 16 Oktober 2014,  promosi bagi blog dan syarikat iks bumiputera pembuatan makanan tradisi seperti aneka kerepek, biskut raya, bahulu, kuih ros, kuih kapit atau sepit, rempeyek dan macam2 lagi. Aneka kacang juga ada jika anda ingin membuat sebarang tempahan.

Google maps

Bagi memudahkan orang ramai yang ingin berurusan, kami sediakan alamat tempat ini sekarang berada juga di google maps, search "inamurni" lokasi menanti anda.

Contact number

Hubungi nombor yang tertera di "hubungi" sebarang tempahan awal boleh dilakukan jika anda ada sebarang majlis seperti perkahwinan dan kami sedia berurusan, promosi terbaik dan juga tawaran harga yang menarik.

Tukar template

Buat sekian lama kami mengunakan template dari catatan info, gambaran template lama sebagai sejarah. Template catatan info terbaik dari segi SEO on pages.. Cubalah.

G

Jika ada sebarang cadangan dan permintaan, boleh hubungi.. Admin di ruang ini.

Thank sudi baca.. Entri yang ketiga - 03

Selamat menyambut maal hijrah 1437H

Assalamualaikum, semua

Hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Zulhijjah dan penutup bagi tahun 1436H, Semoga perkongsian doa amalan akhir tahun dan juga doa awal tahun ini dapat membawa manfaat pada anda semua.

Semoga kita semua diberi kekuatan agar dapat mengukuh dan menguatkan "tali silaturahim" dalam kalangan kita demi memperoleh "redha Allah"...Insha Allah...Aamiin!!!

Selamat menyambut maal hijrah..

Tag : Doa Amalan

Terima kasih, Post kedua - 02